Tuesday, October 13, 2009

14.10.2009 Ucapan syukur

Syukur kepada Tuhan atas Anugerah kehidupan yang diberikan kepada ku. Dah genap 26 tahun aku berada di bumi ciptaan-NYA. Setiap hari aku diberikan nafas baru untuk menjalani kehidupan sbg seorang anak, , pelajar, kawan, dan kini sbg seorg isteri dan pekerja.





Bapa di syurga, pada pagi ini (sblm aku memulakan pekerjaan) aku mahu mengucap syukur di atas segala rencana dan pekerjaan-MU di dalam kehidupan ku. Benar Tuhan, pada mulanya aku lahir dari keluarga yang tidak mengenal Engkau. Tapi kerana kasihMU, aku dan seluruh adik beradik ku telah diselamatkan dan ibu bapa kami juga kini dalam proses untuk menerima Engkau sebagai Juruselamat.


Kini, aku telah pun berkahwin dan punya kerjaya yang mmg sesuai dgn peribadi ku. Dalam usia semuda ini, kehidupan ku dah sempurna..segalanya aku dah ada baik kereta rumah mahupun career..Hanya 1 yg aku tgh tunggu..My own generation :-) Aku juga berupaya membantu org lain yg memerlukan ker'na aku tahu Tuhan, Engkau telah menurunkan berkat ke atas ku agar aku dapat membantu saudara2 seiman yang lain yang memerlukan. Ajar aku ya Bapa agar terus setia bersamaMu dan jgn biarkan sesekali iman ku goyah ke atas Engkau. Ini doa ku Tuhan dan aku mahu menyerahkan seluruh jiwa raga dan kehidupan ku ke atas Mu. Jadilah segala sesuatu sesuai rencana Mu dan pakailah aku untuk melaksanakan segala rencanaMu di bumi ini..Amin

YER 29:11 Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan.

No comments:

Post a Comment